Sabtu, 18 Julai 2020

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAMP 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa majlis penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) 2020 akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Selasa
  • 21 Julai 2020
  • 11:00 pagi
  • Foyer Pentadbiran SKBTM
Sehubungan itu, semua peneriama bantuan KWAMP 2020 adalah dijemput ke majlis tersebut. Para penerima akan dihubungi pihak sekolah melalui aplikasi media sosial kelas anak-anak tuan puan.

Sekian, harap maklum.

Isnin, 4 Mei 2020

PEMBELAJARAN DI RUMAH

Salam sejahtera dan salam Sinergi,



Sehubungan dengan Perinah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan Perdana Menteri yang menjadi sebahagian daripada langkah pencagahan COVID-19 semua murid atau pelajar di institusi pendidikan rendah dan menengah dinasihatkan supaya membuat pembelajaran kendiri secara dalam talian. 

Terdapat banyak laman sesawang yang menyediakan kandungan pembelajaran secara percuma kepada semua tahap persekolahan. Kandungan pembelajaran dalam talian ini disediakan oleh para guru terlatih yang berdedikasi dan berpengalaman luas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kandungan pembelajaran ini boleh dibuat secara terus atau dimuat turun.

Selain daripada itu terdapat juga akses pembelajaran kendiri melalui televisyen iaitu TV Pendidikan, TV Tutor dan lain-lain lagi. Pihak sekolah ingin menasihatkan semua murid supaya jangan membazirkan masa dengan tidak mengulangkaji mata pelajaran. 

Sekian. 

Isnin, 16 Mac 2020

COVID-19: SOCIAL DISTANCING

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Klik pada gambar


Apa yang dimaksudkan dengan Social distancing?
Social distancing ialah satu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan penularan jangkitan atau wabak. Sebagai contoh, menutup bangunan dan membatalkan majlis atau upacara.

Social distancing: What does it mean?
Social distancing is a practise reducing close contact between people to slow the spread of infections or deseases.
e.g limiting large groups of people coming together, closing buildings and canceling events. 

Sekian, harap maklum
Stay safe. Keep your distance.

Ahad, 15 Mac 2020

SITUASI TERKINI COVID-19

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Jangan panik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bergiat mencari kes-kes positif. Ini adalah salah satu kaedah untuk membendung penularan kes COVID-19 di Malaysia. Mohon sesiapa merupakan kontak rapat dengan kes-kes positif untuk bekerjasama dengan pihak kesihatan daerah dan negeri.

Buat masa sekarang, ikutilah nasihat KKM...

Klik pada gambar

  1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.
  2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.
  3. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
  4. Orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.
  5. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.
- CPRC KKM

Ahad, 1 Mac 2020

PELANCARAN PROGRAM ANTI DADAH KEBANGSAAN



Salam sejahtera dan salam Sinergi.

Sukacita memaklumkan bahawa program Anti Dadah Kebangsaan akan dilancarkan pada peringkat sekolah pada seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin
  • 2 Mac 2020
  • Tapak perhimpunan rasmi
  • Bacaan perutusan Ketua Pengarah AADK
  • Pelancaran program '5 minit AntiDadah'
Program ini merupakan lanjutan kepada kempen 'Bulan AntiDadah Kebangsaan 2020' yang telah dilancarkan Perdana Menteri Malaysia pada 18 Februari 2020 dengan tema 'Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama'

Sekian, harap makluom.

Jumaat, 21 Februari 2020

PROGRAM WAKAF ALMARI BESI 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah sedang berusaha mengurangkan bebanan yang ditanggung murid-murid berkenaan beg berat berisi buku-buku yang dibawa ke sekolah pada setiap hari. Justeru itu, phka Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) telah bersetuju sebula suara dalam mesyuarat agungnya yang lalu untuk memohon sumbangan dana daripada para ibu bapa dan waris untuk membeli almari besi atau loker besi untuk menyimpan sebahagian buku teks dan buku latihan murid-murid di sekolah.

Oleh kerana kekangan kewangan maka pihka sekolah dengan sokongan PIBG telah melancarkan program "Wakaf Almari" untuk mencari dana membeli almari-almari besi untuk diletakkan di setiap kelas. Para ibu bapa dan waris atau dermawan yang ingin menderma atau mewakafkan almari tersebut bolehlah menghulurkan sumbangan wang ke pihak PIBG SKBTM. 

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak sekolah. Sekian, harap maklum.

Ahad, 16 Februari 2020

GANGGUAN BEKALAN AIR

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah kini sedang mengalami gangguan bekalan air terawat yang serius. Hal ini disebabkan oleh kerosakan paip dan sistem pam. Justeru itu pihak sekolah telah memohon bantuan Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBA) untuk menyelesaikan masalah ini.

Sehubungan dengan kerja-kerja pembaikan yang sedang giat dijalankan maka bekalan air ke sekolah sedang mengalami gangguan. Oleh itu, pihak sekolah ingin memohon para ibu bapa serta waris supaya dapat membekalkan air minuman yang mencukupi semasa anak-anak di sekolah.

Bekalan air ini dijangkakan pulih sepenuhnya dalam beberapa hari lagi. Pihak PBA sedang berusaha menyiapkan sambungan paip baharu dengan cepat. Keperihatinan pihak ibu bapa dan waris amat diharapkan dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih.