Salam sejahtera dan salam Sinergi,
Jangan panik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bergiat mencari kes-kes positif. Ini adalah salah satu kaedah untuk membendung penularan kes COVID-19 di Malaysia. Mohon sesiapa merupakan kontak rapat dengan kes-kes positif untuk bekerjasama dengan pihak kesihatan daerah dan negeri.
Buat masa sekarang, ikutilah nasihat KKM...
Klik pada gambar |
- Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.
- Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.
- Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
- Orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.
- Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.
- CPRC KKM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan