Isnin, 13 Januari 2014

KEMASKINI DATA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM) 2014

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah sedang menguruskan sesi mengemaskini data murid secara online melalui sistem maklumat murid (SMM) dan Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Urusan ini akan melibatkan kemaskini data murid dan data ibu bapa. Hasil daripada urusan ini akan digunapakai untuk menentusahkan kelayakan penerimaan bantuan kerajaan.
 
Ibu bapa dan waris dinasihatkan untuk mengemaskini data di dalam borang SMM yang diedarkan guru-guru secara jujur dan telus.
 
Sekian dimaklumkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan