Isnin, 20 Oktober 2014

PROGRAM PACSA UPSR 2014

Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah akan memulakan beberapa program pasca UPSR 2014 yang bertujuan memberi latihan dan kemahiran tambahan kepada murid-murid Tahun Enam. Aktiviti-aktiviti tersebut dijadualkan bermula pada 27 Oktober 2014 sehingga hari akhir persekolahan sesi 2014.

Semua murid Tahun Enam adalah diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dirancang melibatkan bidang ketahanan fizikal, kecekalan semangat dan kemantapan rohani disamping memupuk semangat setiakawan di antara pelbagai kaum di Malaysia.

Murid-murid akan diberikan penerangan dan taklimat pelaksanaan pada permulaan setiap aktiviti. Setiap aktiviti akan dikawalselia guru-guru yang dedikasi dan berpengetahuan luas di dalam bidang masing-masing. 

Sekian. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan