Sabtu, 16 Mei 2015

PROGRAM GOTONG ROYONG

Salam sejahtera,

Sukacita memaklumkan bahawa acara gotong royong akan diadakan di sekitar kawasan sekolah pada tarikh dan masa yang dicatatakan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 23 Mei 2015
  • Sekitar kawasan sekolah dan beberapa lokasi projek khas guru.

Program ini merupakan sebahagian daripada rancangan pihak sekolah untuk menghidupkan kawasan sekitar terutamanya di luar bilik darjah untuk dijadikan sumber pembelajaran. Beberapa lokasi strategik telah dipilih untuk dimajukan guru-guru terbabit. Antaranya mewujudkan Taman Sains, Laluan Ilmu, Tandas Berinformasi dan Sudut Pembelajaran. Para ibu bapa juga telah diminta menyumbang beberapa pasu pokok renek untuk di tanam pada hari tersebut. 

Sekian. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan