Jumaat, 5 Februari 2016

BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2016

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P,


Bantuan persekolahan bernilai RM100 setiap seorang murid atau pelajar yang diumumkan menerusi Bajet 2016 akan diagihkan kepada 3.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai tarikh 20 Januari 2016 secara berperingkat-peringkat.

Setiap murid yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Khas Persekolahan 1Malaysia (BKP1M) bernilai RM100, sebaliknya akan layak secara automatik berdasarkan kriteria pendapatan kasar bulanan (isi rumah) ibu bapa atau penjaga mereka.

Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga Berikut adalah kriteria bagi pelajar atau murid untuk menerima bantuan persekolahan bernilai RM100 awal tahun 2016.

Syarat Kelayakan Terima Bantuan Persekolahan RM100 Tahun 2016:-
  • Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut MESTI berstatus warganegara Malaysia.
  • Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2016.
  • Isi rumah yang berpendapatan KURANG DARIPADA RM 3000.00 sebulan.
Sekian, harap maklum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan