Selasa, 18 April 2017

DEMONSTRASI MENCEGAH KEBAKARAN

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa demonstrasi dan ceramah mencegah kebakaran akan diadakan di kawasan sekolah dan di Dewan Mutiara seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 19 April 2017
  • bermula 9:00 pagi
  • Demonstrasi mencegah kebakaran di tapak perhimpunan
  • Ceramah keselamatan di Dewan Mutiara (murid-murid Tahap Dua)
  • Aktiviti mewarna poster menjaga keselamatan diri (murid-murid Tahap Satu dan Prasekolah) di kelas.

Program ini adalah aktiviti tahunan Jawatankuasa Keselamatan sekolah. Ia bertujuan memberi penerangan dan kesedaran menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda daripada kebakaran. Ceramah akan disampaikan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) Pulau Pinang.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan