Jumaat, 3 Ogos 2018

TAKLIMAT PENEMPATAN KE SEKOLAH MENENGAH 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan sesi taklimat penempatan murid-murid Tahun Enam 2018 ke sekolah-sekolah menengah pada seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Sabtu
  • 4 Ogos 2018
  • Foyer SKBTM
  • 9:00 pagi
Justeru itu semua waris, ibu bapa atau penjaga murid-murid Tahun Enam 2018 adalah dijemput hadir ke taklimat tersebut. Taklimat akan disampaikan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM). Sesi taklimat meliputi prosedur pemilihan ke sekolah-sekolah pilihan, kelas-kelas pembelajaran pilihan serta syarat-syarat tambahan untuk ke sekolah-sekolah aliran agama atau sekolah sukan.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan