Ahad, 26 Januari 2020

KEMPEN 'SIFAR PONTENG' SKBTM 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah melancarkan inisiatif "Sifar Ponteng" dalam kalangan murid-murid sekolah ini. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan gejala ponteng ke sekolah oleh murid-murid sekolah tanpa alasan yang munasabah.

Sehubungan dengan itu para ibu bapa dan waris murid-murid sekolah ini dinasihatkan supaya menainkan peranan yang lebih proaktif terhadap kehadiran anak-anak tuan puan ke sekolah. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan waris yang selama ini mengambil berat tentang kehadiran anak tuan puan ke sekolah sama ada untuk kelas haris pada waktu pagi ataupun untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.

Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama dan perhatian serius para  ibu bapa dan waris dalam menangani masalah ini. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan